Tuesday, 2 August 2016

Ku Rela Dibenci



Aku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku

Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi

Ku ingin ku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

Uuuuu

Hanya di sana kekal dan abadi


Tuesday, 4 August 2015

Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki

Kalau dulu perkataan metroseksual amat sinonim dengan lelaki yang merujuk kepada lelaki yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk lebih bergaya dan tampak kacak di khalayak orang ramai. Golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan menetap di bandar. Golongan seperti ini tahun demi tahun semakin meningkat dan tidak hairanlah dengan penampilan tersebut pada abad ini.

Budaya Spornoseksual Cetus Fenomena

Pada tahun ini pula muncul perkataan spornoseksual yang khusus untuk lelaki. Perkataan tersebut yang digabungkan dari perkataan ‘sport’ dan ‘porno’ merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang obses dengan berselfi sambil menayangkan badan mereka di laman sosial.

Perkataan yang ditujukan khas untuk lelaki selalu ada perkataan ‘seks’. Tiada perkataan lain yang sesuai agaknya sehingga menggunakan perkataan seks.


Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki
sumber gambar dari Instagram

Kebanyakkan mereka sangat gemar bergambar ketika di dalam gym dan juga dilihat selalu mengenakan singlet, baju V dan tidak berbaju.

Selfie pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002.  Perkataan selfie sangat popular pada tahun 2013 malah dalam instagram sahaja, perkataan selfie yang dilakukan dalam hastag kini mencecah sehingga 162 juta pos.
Bukan sahaja model malah pelakon lelaki pada abad ini sudah mula menitik berat dalam menjaga dan membina badan dan ini dapat dilihat pelakon dari India seperti Shah rukh khan dan amir khan manakala Malaysia pula iaitu Norman hakim,  Remy Ishak dll.
Mereka seperti ini sanggup berhabis duit, waktu dan tenaga demi mendapatkan badan yang cantik dan mantap. Tubuh badan yang berketul-ketul manakala rambut, kumis dan jambang pula dikemas rapi menonjolkan sisi maskulin yang mampu mencairkan hati wanita.\

Baik Buruk Budaya Spornoseksual

Dengan aktiviti dalam gym yang menyihatkan badan mampu memberikan impak yang positif dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya dari sudut positif.
Manakala dari segi negatifnya, budaya seperti ini nampak seperti bermegah diri dan obsesi diri ini tidak bagus malah menyerlahkan sisi bongkak.
Ramai yang memberi tanggapan buruk bahawa budaya seperti ini adalah lelaki yang gay. Terpulang kepada anggapan orang ramai terhadap budaya seperti ini dan tak semua yang mengamalkan budaya seperti ini adalah gay.Ia adalah budaya atau trend terkini kehidupan lelaki kota.

Kesimpulan

Setakat ini di kalangan rakan saya sendiri tidak pernah mengamalkan budaya spornoseksual yang semakin menular di seluruh dunia termasuk saya sendiri.
Budaya spornoseksual seperti ini ada baik dan buruknya bergantung kepada niat seseorang. Sama ada tujuan yang dilakukan sekadar suka-suka, memberi motivasi kepada orang lain atau membangga diri dengan badan yang ada.
  
Kolagen Khas untuk Lelaki – Auramen Turbo Kolagen
Kalau Metroseksual dan Spornoseksual ditujukan khas untuk lelaki sahaja tetapi bagaimana pula dengan panggilan atau perkataan yang sesuai untuk perempuan yang sanggup berbelanja duit yang besar demi kecantikan di tambah pula selfie dengan badan yang cantik dan sasa.

Tuesday, 7 July 2015

Disebalik Penutupan Bank Di Greece. Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu Disebalik Penutupan Bank Di Greece. Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu


Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece. Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini, biar saya yang bagitahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia - FRS

Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem dimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit. Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham? Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Awak bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya. Dan bank tersebut saya gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau saya stop sampai Steve sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari Bank? Dah tahu kenapa saya begitu memperjuangkan anti-riba. Kenapa saya tidak menggalakkan penggunaan elektronik money (debit & kredit kad)? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit? Mana yang saya boleh elak saya elak dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.

Wednesday, 17 June 2015


Salam Ramadhan buat Muslimin muslimat yang menyambutnya. Semoga ramadhan memberi sinaran baru yang lebih indah buat kita semua...

Wednesday, 10 June 2015

Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak

1.0 Teori Perkembangan Arnold Gesell (1880-1961)


Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan, urutan atau pola tertentu. Selain daripada itu, mengikut teori perkembangan Arnold Gesell, setiap individu menghadapi perkembangan yang berbeza. Ada sebahagian individu akan menghadapi perkembangan yang lebih awal atau lambat. Iaitu bergantung kepada individu tersebut. Contohnya, ada kanak-kanak sudah boleh berjalan kaki dalam sembilan bulan dan ada kanak-kanak mula berjalan kaki selepas umur satu tahun.
            Selain daripada itu, Arnold Gesell juga berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak. Kajian tentang teori perkembangan Arnold Gesell , faktor baka adalah faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Bukan itu sahaja, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
            Selain daripada itu, kematangan fizikal juga akan mempengaruhi kelancaran kanak-kanak terhadap pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelancaran proses perkembangan individu adalah dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Teori perkembangan Arnold Gesell juga menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Oleh itu, kita jangan memaksa kanak-kanak melakukan sesuatu yang tidak sampai tahap perkembangan mereka.
            Di samping itu, lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek yang lain juga akan membawa kesan kepada perkembangan yang seterusnya.
Jadual di bawah telah menunjukkan lima peringkat perkembangan kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.

Peringkat
Cirri-ciri
Pertama (0 – 1 tahun)
-  Kematangan emosi  berlaku 1 bulan (isyarat tangisan dan senyuman)
 - Kematangan fizikal berlaku 4 bulan ( pergerakan mata)
Kedua ( 1 – 2 tahun)
- kemahiran menggunakan perkataan yang mudah
- Mula berjalan diikuti dengan berlari.
Ketiga ( 2 – 3 tahun)
- Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-lain.
- Menggunakan  ayat yang mudah
Keempat ( 3 – 4 tahun)
- Melakukan aktiviti permainan
 keupayaan melaksanakan tugas harian  
Kelima ( 4 – 5 tahun)
- Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi dengan rakan sebaya
- Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan- soalan dikemukakan
1.1 Aktiviti mengikut peringkat umur teori Arnold Gesell
Setiap peringkat kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza dan mempunyai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mengikut teori perkembangan Arnold Gesell, beliau telah menyatakan aktiviit yang sesuai mengikut umur kanak-kanak seperti berikut:
a.) 0 – 1 tahun (penerokaan permainan)
Letakkan bayi di ruang yang cukup luas dan bersih bagi mereka melaksanakan aktiviti. Ibu bapa boleh memberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik perhatian bayi. Ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada bayi untuk melakukan aktiviti.
b.) 1 – 2 tahun (jalan latih)
Ibu bapa mereka boleh membawa anak-anak mereka ke kawasan taman permainan atau kawasan yang lebih luas. Seterunya, ibu bapa boleh menggunakan “baby walker” untuk melatih kanak-kanak mereka berjalan. Justeru, ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada anak-anak mereka walaupun mereka telah gagal menjalan dengan baik atau stabil. Dorongan yang diberikan kepada kanak-kanak akan menubuhkan keyakinan kanak-kanak.
c.) 2 - 3 tahun (mengajar cara makan)
Pada usia kanak-kanak ini, mereka telah mempunyai kemampuan untuk memegang sudu. Maka, pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar bayi cara pegang sudu. Ibu bapa menyediakan makanan yang lembut di dalam bekas. Selain daripada itu, ia juga adalah satu aktiviti membantu bayi berkembang motor halus.

d.) 3 – 4 tahun (menunggang basikal beroda tiga)
Pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar anak mengimbangi badan di atas basikal. Ibu bapa boleh menggunakan basikal beroda tiga supaya anak mereka tidak menghadapi cedera. Semasa anak sedang menunggang basikal, pengawasan ibu bapa adalah amat penting. Aktiviti ini boleh membantu kanak-kanak pergerakan motor kasar dan motor halus.
e.) 4 – 5 tahun (bermain di taman permainan)
Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke taman permainan dan biarkan kanak-kanak bermain di taman bersama rakan-rakan dan semasa mereka bermain di taman permainan, maka mereka boleh bergaul dan bersosial bersama kawan-kawannya atau kanak-kanak yang lain. Itu juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.
2.0 Teori tugas perkembangan Robert Havighurst
Teori ini adalah berkaitan dengan menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Sebenarnya, apa maksud tugas perkembangan?
2.1 Maksud Tugas perkembangan
Menurut Atan Long (1980), tugas perkembangan ialah jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutunya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu.
Menurut Newman dan Newman (1999), tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.
2.2  Konsep tentang teori tugas perkembangan Robert Havighurst
Sebenarnya, teori ini adalah berbeza dengan teori perkembangan Arnold Gesell. Hal ini berlaku adalah disebabkan teori tugas perkembangan Robert Haqvighurst mementingkan faktor alam sekitar maka teori perkembangan Arnold Gesell adalah disebabkan oleh faktor baka.
Dalam teori ini, alam sekitar merupakan faktor utama untuk mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Contonya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama.
Seterusnya, budaya masyarakat, nilai-nilai, dan norma juga merupakan faktor yang lain akan membawa kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Pada teori ini, individu boleh memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya. Oleh itu, semasa seseorang mempunyai keupayaan menyempurnakan tugas tersebut maka akan membawa kebahagian kepada individu dan jika gagal mencapai tugas perkembangan yang ditetapkan, individu akan mengalami masalah.
Dalam buku Robert Havighurst yang bertajuk “Human Development and Education (1953)” telah meyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat berikutnya.
1. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bercakap, berinteraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain, belajar makan makanan pepejal, membuang najis dan boleh membezakan betul dan salah.
2. Peringkat kanak-kanak (6 – 12 tahun)
Pada tahun ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran menulis, membaca dan mengira, mula berkawan dan berkomunikasi dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.
3. Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)
Pada umur ini, bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.
4. Akhir remaja (18 – 22 tahun)
Remaja akan berusaha untuk mendapat autonomi daripada ibu bapa. Mereka akan cuba membentuk identiti mengikut jantina. Selain itu, melalui pergaulan sosial remaja akan menerap atau mematuhi nilai moral. Mereka juga menghadapi masalah untuk memilih kerjayanya.
5. Awal dewasa (22 – 34 tahun)
Banyak dewasa akan menubuhkan keluarga sendiri. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Di samping itu, mereka juga cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Mereka juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan membentuk gaya hidup.

6. Pertengahan dewasa (34 – 60 tahun)
Pada peringkat ini, mereka mula menyempurnakan impian individu, iaitu beli rumah, harta dan perniagaan sendiri untuk memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga. Pada masa ini, dewasa juga akan mahir dalam pekerjayaan sendiri dan melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat.

7. Akhir dewasa ( 60 – 75 tahun)
Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati. Selepas itu, mereka juga mengubah tenaga ke arah lain selepas bersara daripada pekerjaan. Mereka yang berjaya akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan.

8. Tua (75 hingga meninggal dunia)
Sebenarnya, umur ini kebanyakan akan menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan berasa tenang menanti saat untuk meninggal dunia sebab mereka telah berjaya memyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
2.3 Implikasi teori perkembangan kepada guru
Memahami perkembangan seseorang kanak amat penting bagi seorang guru. Hal ini berlaku kerana setiap peringkat kanak-kanak mempunyai fikiran, emosi, jasmani, perkembangan dan sebagainya adalah berbeza. Oleh itu, guru mestilah memahami apa kemahuan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan pada usia tertentu. Contohnya, kita jangan menyuruh pelajar tahun satu main bola tampar kerana dari segi psikomotor mereka adalah tidak sesuai dan akan membawa kesan kepada otot mereka. Oleh itu, kita mestilah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti menyuruh mereka melambung bola baling  bersaiz kecil.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Setiap tingkah laku yang telah dilaksanakan oleh kanak mesti mempunyai tujuan atau sebabnya. Contohnya, murid yang nakal dalam kelas bertujuan menarik perhatian daripada guru dan guru mestilah memikir cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka.
Di samping itu, guru-guru juga boleh membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Selepas belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak, ia juga akan menolong guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dan merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Contohnya, semasa guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas baru kepada topik yang lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar yang berbeza.
Seterusnya, guru juga boleh mengimplikasikan teori ini untuk meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu, merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar, merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru jangan menyediakan latihan yang senang kepada kelas unggul atau soalan yang susah kepada pelajar-pelajar. Hal ini berlaku sebab jika soalan itu terlalu senang akan menyebabkan pelajar berasa bosan manakala terlalu sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan. Oleh itu, semasa memilih latihan atau aktiviti mestilah memikir latar belakang pelajar.
Walaubagaimanapun, prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar amat penting bagi seorang guru. Guru mestilah mempunyai kesabaran semasa mengajar pelajar yang kurang pandai kerana mungkin beberapa kali penjelasan akan diberikan kepada pelajar tersebut.
Akhuirnya, guru-guru boleh membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dan boleh berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar. Berbincangan boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung.  
3.0 Teori Ethologi Lorenz
Teori ini telah mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Mengikut kajian Lorenz (1965), beliau telah memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Seterusnya, evolusi dan faktor biologi berperanan penting dalam perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting.
            John Bowlby (1969,1989) telah mengaplikasikan teori ethologik dalam teori perapatan yang telah menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dengan program biologi yang boleh menghasilkan isyarat yang membawa kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Apa yang dimaksudkan dengan perapatan? Maksud kepada perapatan ialah kasih sayang yang kuat yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh itu, perapatan yang kuat mestilah dididik semasa kecil dan ia juga akan membawa kesan yang sepanjang kehidupan individu.
            Kesimpulannya, kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku dalam persekitaran semula jadi mereka.
4.0 Teori perkembangan Ekologikal Bronfenbrenner
Teori ini telah dikemukakan oleh Bronfenbrenner pada tahum 1979. Beliau telah menjalankan kajiannya dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan. Selain daripada itu, beliau juga menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organism. Mengikut teori perkembangan ekologikal Bronfenbrenner, terdapat lima jenis sistem persekitaran ekologikal. Iaitu, mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.

(a) Mikrosistem
Mikrosistem ini merujuk kepada persekitaran dalaman yang paling hampir kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Selain daripada itu, mikrosistem ini adalah berinteraksi secara langsung dan ia akan menghabiskan paling banyak masa. Ia merujuk kepada ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya dan pengasuh yang mempunyai rangkaian secara langsung dengan kanak-kanak. Oleh itu, kegiatan mereka akan terus mempengaruhi perkembangan kanak-kanak secara langsung. Contohnya, jika ibu bapa selalu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi bantuan kepadanya, maka anak mereka akan mengikut perbuatan mereka.

(b) Mesosistem
Ia merujuk kepada hubungan antara dua atau lebih keadaan di mana akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mesosistem ini juga mempunyai hubungan yang kuat dengan mikrosistem. Sebagai contoh, jika rakan sebaya kanak-kanak tersebut terdiri daripada golongan yang suka bercakap dengan nada yang terjerit-jerit, suka menggunakan bahasa yang agak kasar, sentiasa menunjukkan tingkah laku yang tidak baik, maka kanak-kanak tersebut akan terpengaruh dan terikut-ikutnya.

(c) Eksosistem
Melalui eksosistem ini, persekitaran luar akan membawa kesan kepada perkembangan kanak-kanak itu secara langsung. Seterusnya, pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contohnya, jika penyediaan infrastruktur di dalam satu kawasan itu sendiri seperti menyediakan taman permainan ataupun perpustakaan untuk keperluan kanak-kanak ataupun pelajar itu sendiri, ia boleh membentuk tamadun sesuatu bangsa itu. Ia juga merupakan jalinan sosial yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran kanak-kanak itu sendiri.

(d) Makrosistem
Malalui makrosistem ini, ia akan melibatkan budaya yang lebih luas dan boleh mempengaruhi setiap perkembangan individu seperti nilai, adat resam, jantina, norma-norma, amalan masyarakat dan lain-lain perkara juga akan mempengaruhi perkembangan individu. Contohnya, di negara India, mereka lebih mementingkan jantina lelaki berbanding dengan perempuan. Mereka akan memberi pendidikan keutamaan kepada anak lelaki.

(e) Kronosistem
Terhadap sistem ini, ia memfokus pengaruh keadaan sosiohistorikal dan hal-hal terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu. Sebagai contoh, jika ibu melahirkan seorang bayi di rumah, ia akan membawa kesan kepada anaknya, anak yang berada dalam rumahnya akan merasa ibunya tidak sayang dia lagi kerana ibu hanya mengambil berat terhadap bayi itu sahaja. Maka pada tempoh itu akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak mereka.

Rajah di bawah menunjukkan ekologikal perkembangan kanak-kanak.

4.1 Kepentingan terhadap teori ekologikal Bronfenbrenner
Teori ini adalah satu teori yang amat menarik perhatian pendidik-pendidik agar mereka bukan sahaja mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah sahaja. Seterusnya, melalui teori ini, ia akan memberi pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan komunikasi pelajar-pelajar mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran dan komuniti tempatan di luar sekolah.

4.3 Implikasi strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ekologikal Bronfenbrenner
      Memahami secara komprehensif perkembangan potensi kanak-kanak, guru bukan sahaja memberi perhatian kepada teori pembelajaran tetapi juga teori ekologikal. Ia akan membawa kebaikan kepada semua guru jika mereka memahami teori ekologikal dan lebih berkesan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. 
      Untuk memahami murid-murid dengan lebih sempurna, guru harus berkomunikasi dengan keluarga murid mereka secara formal dan informal. Melalui berkomunikasi ini, guru akan lebih memahami murid itu dan mereka boleh menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah jika pelajar itu mempunyai masalah tingkah laku.
      Mengenal pasti peranan-peranan komuniti dan sosiobudaya serta kedudukan sosioekonomi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, demi merancang pelajaran berdasarkan perkembangan potensi yang khusus sesuai untuk murid-murid mereka. Ini merangkumi peranan-peranan yang dimainkan oleh keluarga, rakan sebaya, massa media, agama dan budaya. Hal ini berlaku adalah disebabkan setiap individu mempunyai kecerdasan masing-masing. Oleh itu, guru perlulah memberi prihatin dan tumpuan terhadap kanak-kanak tersebut dan memcungkil kebakatan kanak-kanak dan membina insan yang lebih berkualiti lagi.
5.0 Pandangan saya terhadap kepentingan mempelajari teori-teori perkembangan kanak-kanak
Sebenarnya, setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangannya. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa atau guru-guru, maka kita mestilah memahami perkembangan anak-anak dan murid-murid kita. Melalui pembelajaran psikologi ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada saya dan ia akan membawa kesan baik kepada saya sehingga seumur hidup. Jika kita ingin mendidik anak bangsa kita menjadi seorang insan yang berketrampilan dan berakhlak mulia, maka kita mestilah memahami teori perkembangan kanak-kanak.
Sebelum saya mengambil subjek ini, saya langsung tidak memahami kenapa anak murid saya membuat tingkah laku demikian pada masa saya menjadi seorang guru sandaran tidak terlatih. Sekarang, barulah saya sedar bahawa sesuatu tingkah laku yang mereka lakukan mestilah adalah alasan mereka dan kita mestilah memahami tahap perkembangan mereka dan fikiran mereka. Barulah kita boleh menyelesaikan masalah mereka dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran kita. 
Akhirnya, saya berasa sangat bertuah kerana dapat mengambil subjek ini dan mempunyai seorang pensyarah yang begitu berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang psikologi ini mengajar kita. Sekarang, saya akan lebih yakin pada diri sendiri untuk menyelesaikan masalah pelajar pada masa yang akan datang.



 Bibliografi
Azizi Hj.Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Halimah Maalip ( 2008 April). Pembentuk tingkah laku remaja. Retrived July 25, 2012, from the http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp23.pdf
Ar-rifke (2012). Perkembangan kanak-kanak. Retrived July 25, 2012, from the http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-kanak.html
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zainuddin Abu Bakar. Teori-teori Perkembangan. Retrived  Ogos 1,  2012, from the http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf
Psikologi perkembangan awal kanak-kanak. Retrived  Ogos 1,  2012, from the
New World Encylopedia. Urie Bronfenner. Retrived  Ogos 3,  2012, from the http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner
Teori perkembangan kanak-kanak. Retrived  Ogos 7,  2012, from the http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanak-kanak.html
Psikologi Pendidikan. Retrived  Ogos 7,  2012, from the http://www.docstoc.com/docs/105271688/Psikologi-Pendidikan

Disediakan dan disunting oleh :
walidabudzar

Kemanah Arah Nya...



Hatiku menangis,
Menangis tanpa air mata,
Air mata kering takala memikirkanmu,
Memikirkanmu adalah kesakitan,
Kesakitan yang tidak terungkai,
Terungkai jua kisah cinta kita,
Kita mendambakan yang terbaik,
Yang terbaik tidak semestinya yang sesempurna,
Kesempurnaan apa yang aku cari,
Aku mencari yang terbaik buat kita,
SIAPA KITA??
KENAPA KITA??
ADAKAH KITA??
MUNGKINKAH KITA??

Persoalan demi soalan dilempar,
Aku dilempar bagaikan baju buruk,
Didendangkan kerna berlainan idealisme,
Berlainan pendidikan taraf aku rasa?
Aku dihina dan diherdik dihadapan masyarakat,
Bila ku menegur aku dikatakan tidak menghormatimu,
Ya aku sedar aku masih muda,
Masih mentah di pentas dunia,
Ilmu pun sekangkang kera,
Tidak pula menjangkau ilmu dan pemikiran kau.

Ku semat dalam-dalam,
Sedalam dasar lautan hindi,
Biar kuterkubur sendiri,
Meniti malam tidak bertepi,
Demi mencari apa itu identiti,
Moga aku bias berdiri….

Walidabudzar…